Akhirnya aku success jua ntuk menulis kembali...malu sebenarnya bila melihat rekod bulan lalu yang agak tipis-tipis ntuk bernyawa...lalu aku sedarkan sedikit kemelut fikiran aku nie ntuk menulis sedikit...tapi jujur aku tak banyak ilham ntuk menulis...but i'll have to understand one thing..if i'm gonna give too many excuses, better for me to closed off this blog...have to avoid this stuff...
Masalah common aku...apa yang perlu ditulis...emm..kebiasaannya bila kesangapan hadir tika begini...aku sering teringatkan zaman aku dikelilinggi sahabat handai...terutama pada ketika ini..kenangan aku semasa mula2 kembali menjejak kaki di halaman tanah asal langkahku...kuantan..selit bait-bait kenangan aku kembali ke waktu aku, yo dan allahyarham syamir menjadi penghuni setia di kaki-kaki senja di Kuantan...
Iya...benar dan aku akui...ketika itu dalam pemikiran ku hanya Yo dan Syamir sahaja yang sering ada untuk aku di waktu itu....suasana kehidupan nya pada ketika itu amat mudah...Yo dengan mimpi ntuk memulakan kisah baru dalam hidupnya...angan menjadi usahawan muda...pada asalnya hanya berbekalkan impian untuk menjual susu kesihatan...ada ragam untuk menjadi empayar pengedar susu...ada lagak ntuk jadi pengedar terutama di pantai timur...hahaha....tapi tiada yang tahu semangatnya amat besar tidak mudah luntur...tidak pernah tahu erti putus asa...saat itu aku mula mengetahui perwatakan dirinya yang sebenar...jauh impian dan yang utamanya..tahu jalan...
Di balik air laut di Tanjung Api, terpalit kisah anak muda bernama syamir...semua yang memandang kehidupannya pasti mengatakan hidupnya memang ringkas...tiada banyak yang terjadi,..gaya seperti semua yang diperlukan mudah untuk hadir...iya..mungkin benar apa yang sebilangan yang memerhati..aku tidak dapat menafikan tapi untuk bersetuju aku jauh sekali berpandangan sedemikian...sehingga yang aku kenal insan bernama syamir ini...tak dapat ayat ntuk aku gambarkan selain dari dia lebih dari seorang kawan...ada ketikanya aku dan dia seperti bersaudara...mungkin kerana sifatnya begitu..dan harus kerana personaliti jiwanya mudah mesra dan tidak mudah berkira...tanyakan sahaja kepada Sal dan Kesah...mungkin Binjai dan Yo juga dapat memahami apa yang cuba aku sampaikan ini...
Manakala di bingit kenderaan bermotor di jalanan hidupnya aku ... setelah 4 tahun bergelumang dengan debu kota...jauh berlari akhirnya kitaran roda hidup aku menjejak semula ke tanah sasar ini...hidup sebagai 'chambie' yang baru bertatih, kosong ilmu, penuh keraguan dan aku sendiri pernah menduga yang aku akan gagal di pertengahan 9 bulan..haha...tapi alhamdulillah...it not like miracle happen but something does happen..that's all i got to say...and i've said it..hehe...
hidup bertiga ketika itu memang aku rasakan seperti ringkas seringkasnya...aku habis kerja, syamir balik dari gym dan yo merayau mencari idea dan peluang berniaga....samada alif, planet curry, teluk chempedak, tanjung, megamall, kemana sahaja kaki ingin melangkah...kami akan sampai....kebiasaannya selalunya tinggal cuma aku dan syamir saja bila yo sukar dihubungi...penuh jejak di Kuantan nie yang aku tak pernah tahu aku lalui...."jalan nie arwah kawan aku yang tunjukkan"......
Seperti yang aku tuliskan di atas, banyak pandangan yang mengatakan bahawa hidup syamir seperti mudah, sebarang kehendak mudah sangat ntuk hadir...mudah dan harus ntuk dapat...tapi tak banyak yang benar-benar berpeluang ntuk mengenali dan mengetahui sisi gelap syamir.. bukan maksud ku sisi gelap itu mencerminkan 'kejahatan' tapi melankolik perasaan anak muda ini...harus juga aku perjelaskan bahawa aku mempunyai masa yang amat terhad ketika aku rapat dengannya...tapi ada masa ketika aku perlukan kawan ketika waktu gundah, syamir merupakan pendengar yang setia....begitu juga ketika ada waktu perlu bagi syamir mengharapkan orang memahaminya, kebetulan itu aku selalu yang 'available' di kuantan ini...waktu syamir putus cinta...waktu sesi pengurusan badan seakan tidak berjaya (hehehe)..waktu percintaan aku agak bermasalah.....dan waktu biasa masing-masing merasa bosan dengan hidup di Kuantan.....
akhir waktu aku ketemui syamir adalah hari sebelum beliau berangkat ke K.L pada hari menjelang tahun baru...seperti biasa lagaknya masih kental dalam ingatan aku...bercerita mengenai kesuraman hidupnya di kuantan...mimpi ntuk ke luar negara...mungkin inspirasi dari sahabatnya yang bernama syeikh ...jika tidak tertunai hajat atau mimpinya itu, mungkin kl menjadi destinasi barunya...segalanya akan dilaksanakan bila 2007 menjelma....itupun kiranya diizinkan 100% keluarga... rancangannya...
Kini...Yo telah menjadi pengusaha yang berjaya...usahawan muda...masih muda..baru berusia 24 tahun...memiliki perniagaan fotostat sendiri....aku tahu...banyak plannya...bengkel kereta...pengusaha susu kesihatan...tapi jalan yang dipilih tidak salah...menguntungkan dan perit jerih terbalas....
Aku pula telah lebih setahun berkhidmat sebagai peguam...alhamdulillah...tengah merancang ntuk bina keluarga...hehe...tak sekaya Yo tapi cukup ntuk membeli sebuah kereta.. dan ya...benar dan tak salah..aku mepunyai lesen kereta...
Syamir...masih mempunyai rakan-rakan yang mengenanginya...kenangan-kenangan yang tinggal masih ada lagi wujud dan hidup dalam caranya tersendiri...emm...telah hampir 8 bulan pemergiannya tapi ntah kenapa sehingga ke hari ini aku masih memikirkan kedua-dua insan ini tiap kali aku memerlukan teman berbicara khususnya selepas waktu bekerja...mungkin ini perasaan yang telah terlatih...mungkin jua ini perasaan yang masih lagi sedih...
khas ntuk arwah...
al-fatihah
LoSt oNe~!

LosT n FouNdS~!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment