LoSt oNe~!

LoSt oNe~!
LosT n FouNdS~!

Tuesday, September 30, 2008

Selamat Hari Raya~!

Esok dah raya ~! Akhir Ramadhan tahun ini dan pohon dapat bertemu Ramadhan yang seterusnya..apapun...kiranya ada antara korang yang terlintas di blog nie..aku dan yanie sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Lebaran Aidilfitri Serta Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh muslimin dan muslimat ....Kepada yang merantau aku pohonkan kita selamat sampai dan selamat pulang...apapun maafkan segala keterlanjuran kata dan silap laku kami dan kirim salam kepada family korang ... N pada yang bukan muslim...we'll wish u happy holiday and have a safe journey..

Akhir kata..SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI~!

Ikhlas dari
Muzamil Alif & Ezdiani
Sekeluarga

Saturday, September 27, 2008

K.A.W.A.N~!

Aku baru saja abis melewati laman friendster...bukan sebab apa...cuma untuk melihat reply dari teman-teman untuk aku hantarkan jemputan kawen nanti...alhamdulillah..ramai yang aku harapkan untuk hadir memberi balasan .. aku benar-benar harapkan mereka untuk hadir nanti...harap dengan kehadiran mereka akan menambah seri..pastinya membuatkan aku insan paling gembira...insan paling bahagia...pastinya~!

melingkari setiap laman sahabat handai di ruangan friendster menyedarkan aku betapa jauh aku dah melangkah...yang pasti semua dah berubah..dan aku terkadang hairan mengapa mudah menerima itu semua sebagai lumrah...lumrah yang mengundahkan...tapi seperti biasa, perasaan berubah itu perasaan tak sengaja..apa yang terjadi bukan apa yang kita minta..dan seperti biasa..sedangkan kita tahu ianya alasan semata-mata...

Izinkan aku untuk bertanya pada semua...aku tahu korang juga selalu merasa perkara yang sama...cuma kita percaya itu sebahagian dari adat dunia...tapi perasan atau tidak..setiap kali kita sendiri, terbit selalu rasa hendak..rasa kosong dalam diri menyebabkan kita teringat zaman budak...zaman dunia kerjaya masih terlalu jauh untuk dibicarakan....waktu itu merekalah saudara mereka lah kawan...last-last kita simpan semua, diam jauh di sudut kenangan...dan kita selalunya akan enggan jadi begitu...enggan untuk mengaku...bahawa kita yang sebenarnya terkadang terlupa...kita yang sebenarnya terlalu ego untuk menyapa...

Itulah yang berlaku pada aku ketika meratapi pemergian arwah Syamir dan Pa...cuma atas nama kerja aku mudah mengambil sikap untuk menangguh...jelas sekali sikap tidak bersungguh...kira kini aku cuba untuk tidak lagi bersikap sedemikian kerna aku percaya mereka mempunyai hak sebagai kawan...mempunyai nilai yang tinggi sebagai rakan...harap aku tidak lagi akan mengecewakan...

kerna alasan ini aku inginkan perkahwinan ku diserikan dengan kehadiran kalian...menanti dengan penuh harapan...

Butterfinger - Revolusi Melayu~!

Butterfingers..the best and most talented band ever malaysia have produced for the last two decades..bermula dengan 1.2 miligrams then followed by butter worth pushfull.. aku rasa masa tue kesedihan aku dengan pemergian Kurt Cobain tak terasa sangat...especially lagu-lagu "nic-o-tyne", "stolen", "Girl Friday" dan "vio-pipe" memang menyerikan kehidupan aku masa tue...aku mula rasakan perubahan pada band nie masa album Transcendence.. terasa cam butter ingin lari dari label grunge but that album tak nampak 'pelariannyer sangat'...tapi keluarnya album malayneum membuktikan rasa aku tue sebenarnya tak pernah salah..hehe..tapi idea mereka adalah hak mereka...tak silap aku loque pernah kata "it's still a butter sound"..dan kadang-kadang aku dengar balik album malayneum tue aku selalu teringat sound diorang cam sound band U2...tapi tue cuma sangkaan aku jer.....namun aku tetap rasa album malayneum is the best recording album after album gamal, zainal abidin...

Aku pernah terdengar sebab diorang hangin dengan wartawan yang kutuk diorang tak boleh nyanyi lagu dalam bahasa melayu...membuatkan selamat tinggal dunia diterbitkan..bukan sekadar untuk membuktikan butterfingers boleh menyanyi dan cipta lagu bahasa melayu, aku merasakan album tersebut juga untuk menyatakan bahawa butter still around...namun lagu-lagu dalam album selamat tinggal dunia sebenarnya telah membuka ruang baru untuk peminat-peminat butter sebelum ini .. aku tak pasti samada penerimaan terhadap album nie diterima ramai tapi bagi aku personally album nie kalau tidak kerana kontroversi seharusnya dalam list 3 album terbaik di Anugerah Industri Muzik 2005 ... bukan aku enggan meletaknyer sebagai album terbaik tapi ada beberapa elemen yang aku rasa ada sedikit kurang dalam album tersebut...arrangement muzik dalam Selamat Tinggal Dunia bagi aku lengkap di mana loque jarang ntuk mengecewakan aku dalam arrangement muziknyer...tapi mungkin album itu seolah di buat untuk English song but dimasukkan lirik melayu...kadang-kadang lirik tue bagi aku kurang puitis tapi cuma bersesuaian dengan arrangement muziknyer..it's ryhme well actually..dan ada sisi naluri aku percaya bahawa album selamat tinggal dunia adalah album amarah butter dan album yang dibuat untuk diorang prove something that needed to be proven...what the hell..it still one of the best album ...khususnya lagu "selamat Tinggal Dunia", Daulat Tuanku, Cuai dan Taman Tasik Perdana...aku mmg enjoy abis terutama part last dalam lagu Daulat Tuanku..

Kembali...album melayu kedua...kali nie memang penuh dengan jiwa kemelayuan..bagi aku album nie jauh beza dengan Selamat Tinggal Dunia sebab selepas dengar semua lagu dalam album kembali..setiap muzik dan lirik seolah lahir dari jiwa tulus penciptanya...lirik yang mengambarkan jiwa sentimental penciptanya..haha...dengarkan saja kedua-dua album maka korang akan dapat perasan..bukan sahaja muziknyer dekat dengan irama melayu nyer (mungkin kerana sample lagu lama) tapi lirik nyer seolah lebih diperincikan..tak membuta tuli..lirik lebih tersusun dan bermakna...aku terpaksa mengaku bahawa lagu Mati hidup semula memang favourite aku..dari segi irama dan dari juga liriknya terasa amat dekat dengan jiwa waktu kosong...mmg layan kalau dengar waktu tgh drive sorang-sorang waktu malam... dan aku sungguh mengagumi usaha mereka menjemput lagenda Kassim Masdor dan juga menggunakan sample lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee serta lagu R. Azmi... Cukup bermakna...Cukup menyedarkan...dengarkan saja lagu Merdeka featuring Pak Kassim Masdor..bukan lagu gubahan keroncong lama tapi keroncong jiwa butter..tak berpura-pura dan tetap jiwa keroncongnyer ada..terima kasih juga kerana menghargai permata seni negara..mungkin impian aku untuk mendengar butter berkerjasama dengan Sasterawan Negara iaitu Dato' A. Samad Said dapat dijelmakan...mungkin juga kerana aku ada mendengar yang Loque bersahabat dengan AZ Samad memungkinkan impian ini..so kalau aku ada wish ntuk butter aku harapkan korang dapat manage to produce something ngan Yang Berbahagia Dato' A. Samad Said..anggap ia sebagai hajat..anggap ia sebagai niat yang perlu dipercepat...

Aku sememangnya amat menghormati evolusi yang dibawa dalam semua album butter..tak pernah di takuk lama..evolusi yang dibawa oleh band butterfingers terlalu besar untuk industri seni negara yang kini aku kira mungkin dijajah lagi...tapi mungkin gak budaya pemikiran mereka terlalu besar untuk industri negara nie hinggakan niat loque tak dapat difahami oleh peminat seni negara... memandangkan mentaliti rakyat kita bukanlah mentaliti pemimpin tapi just a follower maka usaha butters nie aku doakan harap tidak sia-sia... kadang-kadang pemuzik-pemuzik sebegini harapan lagu kita yang tingal..legasi untuk menyambung usaha Tan Sri P. Ramlee, Datuk Ahmad Nawab dan M. Nasir kiranya...tapi aku cuma menyatakan apa yang aku rasa dan percaya..tak semua mungkin berfikiran sama..apapun..aku harap benar kalau album butter nie didengar oleh semua peminat seni di tanah air...untuk warga di Kuantan..korang boleh dpat album nie kat kedai muzik Exceed di megamall Kuantan...tingkat 1 depan lif..kat situ lah aku beli album kembali..aku tahu ada jual kat kuantan parade tapi aku tak tahu di kedai mana...so please do support them..

Last word aku..thanks ntuk butterfingers kerana 'meneman' aku dari sekolah menengah lagi sampai laa aku dah bekerja...pada Loque, Emmet, Kadak dan Loqo...please terus berkarya dan stay together ..keep on rockin coz malaysia need it~!..Most garantia bless~!

Wednesday, September 24, 2008

Jauh dari Sabar~!

Aku sering mengenangkan mengapa payah benar untuk bersabar...bukannya luak untuk menampung kesabaran sedangkan sabar itu yang selalu membezakan akal...akal yang mudah terpesong dengan akal yang memimpin laku...

Mengapa juga perilaku ku mudah bersimpuh...cepat sangat muak dengan keadaan..cepat penat dengan persekitaran...lalu aku selalu mudah terlewat...samada dalam mencapai rahmat atau menolak nikmat...seperti bak kata pepatah ayen dan syed...imanku selalunya nipis...haha..mungkin benar tapi jika aku diberi waktu untuk memilih..aku enggan begitu...enggan untuk hari-hari berlalu dengan jemu...

Aku tahu aku mengecewakan Khalid bila gagal untuk pergi ke bangi hujung minggu lalu...bukan niatku..tak sengaja dan tak direncana....dan tak perlu aku dimaafkan andai aku dikatakan enggan....

Apa yang aku cuba sampaikan ini...entah...aku barangkali terlalu tinggi berkhayal di bulan Ramadhan...menunggu waktu pulang...menunggu waktu kelam...untuk aku dapat meneliti hari hari semalam dengan rasa tenang...kerana semalam bagiku terasa dekat ... tapi jauh dalam tenat kenangan ...tenat untuk bersabar bila di salah ertikan...

Sisip Kalut Klasik II

Megah benar tabir laut pagi ini. Mungkin gambarannya kosong tapi entah mengapa beban kepala ini terasa ringan.

“Wei, ko nak buat ke tidak. Susah beb kalau setakat dok tengok jer!”. Tetiba aku terasa seperti kembali tertekan. Celaka! Sumpah ku.

“Ye la..aku tengah pkir shot mana yang cantik”.

“A’ah.iyer. Shot cantik ke cantiknyer berangan”. Aku memang mudah terbantut kalau perilaku aku dipersoalkan. Mudah datang baran.

“Ko suruh aku amik gambar nie nak buat apa?” . Protes dalam tenang.

“Ko gak yang janji nak tolong aku, ko buat jer laa”. Sekali lagi baran ku makin mendatang. Provokasi nyata.

5 minit berakhir terus berakhir. Semuanya dalam keadaan diam. Bukannya aku seorang yang jenis pendiam tetapi sekiranya aku berbunyi maka aku pasti naluri amarah aku akan dicuit lagi. Susah berbicara dalam keadaan ditekan, bisa mengundang gundah.

“Wei, dah. Ada lagi ker?” kataku memecah hening.

“Apa yang ko dah amik?”

“Apa yang ko nak la?” jawapku bagi persoalan tadi.

“Emm…kenapa laut?”

“Kenapa laut…entah”. Berpinar aku untuk aku menjawab soalan yang sebenarnya sering ditanya. Iya..kenapa laut. Apa yang ada dengan laut.

Gelora laut tidak pernah tenang. Birunya laut adalah biru langit. Hujung laut sana selalu seperti akhirnya dunia. Seolah sempadan dunia adalah disisi akhir laut. Iya..kenapa dengan laut. Apa yang sering aku cari pada laut. Apa yang kurang pada pokok pakis dan debu bukit.

Kudus manusia kadang-kadang penuh enigma. Maksud aku hidup manusia ini tidak pernah lari dari seiring dengan masalah. Ada yang mengatakan bahawa hidup ini sebenarnya mudah. Sedangkan bagiku mengapa harus mudah jika kita ini manusia. Manusia jiwanyer sering gundah. Masalah ada dan wujud selagi kita bergelar manusia. Tapi mengapa harus takut dan gusar. Masalah membuatkan kita sedar. Masalah juga membuatkan kita lebih manusia. More humane.

Dalam semak samun pendirian aku ini, laut sering mengingatkan aku tentang kebesaran nikmat Allah…mengingatkan aku untuk kembali memikirkan hidup ini juga mudah. Gelora laut hanya menghempas ketika berada di awal permukaan pantai. Berdiri di kaki air cukup membuatkan kita merasa laut itu tidak pernah tenang. Gelora hadir tanpa henti. Sedangkan di tengahnya tenang tak bergelora. Tenang menampung langit. Bergolak kecil tapi tidak besar.

Mungkin hidup juga begitu. Rakus di awalnya tapi sebenarnya tenang. Maka laut sering mengingatkan aku gelora hidup hanya kecil jika dibandingkan nikmat Allah seluasnya. Mungkin itu membuatkan betapa laut begitu penting bagi jiwa sesak manusia sebegini. Aku mudah tenang..mudah juga lapang.

Kerna disini, diruang antara pasir dan air inilah kadang-kadang menjadi tempat untuk aku mengadu…kenangan ketika jiwa tiada haluan..tatkala jiwa kontang tanpa arah..hilang arah tujuan..laut dan pantai banyak mengisi ilham untuk aku melangkah..orang lama pernah kata..orang yang jiwa tenang adalah orang yang sering mengagumi keindahan alam…haha..aku bukanlah insan berjiwa tenang Cuma aku sangat mudah untuk menghargai…mungkin jua mudah untuk menggagumi…

“Wei, berangan lagi. Ko tak rasa panas ker”. Sentak dengan panggilan tersebut aku mula menghayun kaki.

“Jom la”. Dan aku makin menjauh dari jejak tadi.

Copy Paste ajer Ke-V~!

100904 Birth Days Lady

Happy birthday to you
Hopes life turn on as what you planning to
I’ll pray for your success in every way you choose
To keep be blessing in everything that you do
Without a rhyme as the pen was in this hand
Keep writing on the memories where we shared all the fun
You have taught me a lot, time after time
I’ll promised all the advice will keep safe in my mind

Happy Birthday as you now turn thirty
Don’t feel shy and feel like your life just only turn twenty (huh)
Oh right, on this occasion I want to take the opportunity
For all the mistake and wrong to you I wanna to say ‘I’m sorry’
Promise me one thing, hope you won’t resist
As we’ll be apart please never forget the relation that exist
Seem this friendship worth it to be miss
So special like there no other bound better than this

Let me describe a thing about you
Kind of gleeful girl and sometime act like childish attitude
Nevertheless you so joyful that make you damned pretty cute
Even more you so special mostly in my perspective and in my view
My dear sisters, like roses sweetest among all the flowers
Fragrant in every time and every hour
It no matter how they grow or turn older
It’s charmed still attracted and bring all the wonders

Sis, send my regard to your mother
For she had raised a fine and amazing daughter
I hope to see your mother dream fulfill in the future
To see you in wedding dress and your child soon will call me uncle
And for you Uncle, I’ll pray for you not to be worry
If you here you can see your daughter been good and live happily
Deep down I know she tough to handle what future could be
Cause this girl so special and even more she not an ordinary

Happy Birthday to you from me, sincerely
Sorry this gift only a word, not a ring or something likes ‘Barbie’
On the bottom of my heart I pray for your safety and live comfortably
Cause believes this when I say you always like a sister to me

* hadiah harijadi untuk kak imah..akak kesayangan semasa belajar di UKM..selalu anggap aku ada akak masa belajar..hehe...poet nie untuk harijadinyer...aku tahu hadiah nie tak seberapa cam orang lain tapi nie jer yang aku mampu..sedih kan..satu lg poet yang dekat ntuk aku...

Copy Paste ajer Ke-IV~!

23 / 09 2004 (Another story)


As the life we share has it border,
No wonder why you asking if this love destined to be forever,
Without an answer I just can’t give you any figure or numbers,
But seeing all of our trust and sacrifice, for all that we should be together.

Time passing like their were running,
Left no others than a warm memories as it was mesmerizing,
Feel like you still under my arm whenever you feels happy or you’re start to crying,
Always hope I’ll be there to swept your tears and make you smiling,

How were you there without me?
Hope you’ll be fine and spend your time comfortably,
Don’t cry Sayang for I also felt this life is so empty,
I know you’ll be strong, as I lay my heart in this song,
and all I did sincerely for you all along.

Does this lonely weather somehow realize my sadness?
Does this broken feather can fly me there to ask for her kisses?
This feeling I can’t bare no longer as I hurt in such emptiness,
It been a while I haven’t hug her and for all of this I want to ask forgiveness,

How we start this relation still I can’t figure,
It seem we’re friends at first then the feeling has grows to another level,
For this I’ll believe fate has brought two of us here,
If I recalled back all the things about us that I remember,
Seem to me we’re meant for each others,

You my priority, without a doubt you mean everything to me,
Set aside all misery, I’ll stand wherever you want me to be,
Even though sky was high, I’ll try to reach for the shining star,
Or even when you feel suffering in this lonely night,
I send my love from a distance of very far.

Love is sometime can be funny but most of time it can be hard as it suppose to be,
But when living in the world between you and me,
I realize that reality is far better than fantasy,
Please never have any doubt on me,
you know how we fought for this love as it was never easy,For all of this I just want to keep you pleased and wish us been blessing for the coming Anniversary ….

* DeDIcATed to EzDianI~! masa merindu orang jauh...

Copy Paste ajer Ke-III~!

JUST DROP BY…


I sitting here feel lonely
All the good time coming on suddenly
How we fooling around without wary
Year past as they been away far from me
Sometime I don’t understand why and I not feeling happy
We walk together, we back each other
We shout out to strangers, even we irritate every girl
Gosh I really miss that, fellers!
Make me thinking do we still like brothers

Like the music playing loud
As we back then always make me proud
I’m not asking anything just simple thought
If I fall do I have you to back me up?
Friendship is simple as dancing
It feels hot when we start to moving
Shaking, fast heart beating likes there no stopping
But when it seem boring,
Left the music and the floor start closing.

Do our relation sang like this,
Where does the word ‘friend forever’ have been miss
Like it has perimeter and somehow it decreased
Please don’t ever come to me to ask where it is
People said age going to make us older
And it would grow us wiser
But do you know older and wiser is something different
As we are now, does this shit have any common?

* this one of the friendship poets that i have made back then...this poets was wrote just after graduation day...it like cam sajak kehampaan laa gak..that time i remember some of us like hisyam, mayour, anip, eriq, hardcore are still in UKM...n ramai gak yang dah grad tak datang menjenguk...frust ? of course...
n maybe juga kesunyian di Kuantan mengakibatkan sajak ini ditulis....maybe

Copy Paste ajer Ke-II~!

Life Herein


Be fit in the world with lot of ideas
No more extension far worse it produced us fears
Non less provide such life without soul to live
People change as we see ideas of gangster and killer which youth barely can’t resist
Sometime it comes to my mind how this phenomenon can change
Seem like we have lost all faith and denied every believe for this such thing
Faces of all kids walk through my head as I was thinking
Each road and each time they gather like they smoking
Don’t they realize the hopes mom and dad been dreaming
It’s like we live in the world which certified a happy ending

As it wasn’t me, feel as they obsessed to be free
Make me feel ill, make me feel sorry
Have you watch the early news on TV
Sense what the world is changing to be
Criminal seem to get the first priority,
Rapist seem to be every where in the city,
Time to us act like what we supposed to be,
For this young not to be wrong understanding what they will see when they turn forty,

Here boys and girls of the millennium century
Be natural, be yourself and feel free
Do your thing and brave to choose what your want to be
Don’t scare to face the world, don’t hesitate learning how to handle your anger,
Start moving and start living as boys be boys, girls be girls
Then you find your path here and ever after
But to take step you have to be wise
See the tender in every single road you have
Planned your destiny and set your mind
Every step you make fortified it with your faith and ‘Iman’
Coz life without guidance same like living without soul
If that happen to you just remember all the advice that have been told

* deep...this thought actually came from a discussion with ayen actually...that time like crime happen everywhere in malaysia....to be honest it was so tired to listen to all of this misfortune and resulted this poet...i consider one of my deep poets in the early days ..

Copy Paste ajer~!

Kiranya mmg aku semakin malas...but still, i need to put in some effort on this blog..kalau tak maknanya makin kosong...so i've decided that i'm going to repost some of my earlier work ...

About Her

Verse 1

One smile turns my life changing
Barely to keep sacred as my heart start to melting
First met she not so special even not the type I like
Still I can’t let her slip over my sight

Don’t ask me how perfect she is
I even don’t want to know if there any better than this
Coz feeling should never been judge on special moment or any kiss
Just be brave, be nice at least to recognized the one you miss
Her emotion was so plain
Like this song ‘Leaving on a Jet Plane’
She shed her tears over and over again
Make I swear never to leave her with any pain

Chorus

So kiss me and smile for me
Tell me that you’ll wait for me
Hold me like you never let me go
Coz I’m leaving on the jet plane
Don’t know when I’ll be back again
Oh babe, I hate to go

Verse 2

All love never always will be great
Laugh, tears and emotion sometime can generate hate
Just be wise in every single step we make
Coz one you lost true love it never can be retake

Due my personality may not be the best person
Neither do I have the wisdom or any cautions
But she never one bit show any tension
Keep faith in me as she believe to care is not like fashion
Changing every minutes, every time and every season
Amusing in how she bend the love with a passion
Teach me to learn how the love seeing in something different
She had been the greatest gift ever for me
I maybe wrong or others may not agree
But this is something special only I could feel
The love for this girl as lovely as her name
EZDIANI…..

* antara sajak pemula aku..sepatutnya diiringai lagu background "Leaving on the jet plane" dan didengarkan pada malam gig Temasya Bestari tapi memandangkan terlalu ramai penyertaan .. so aku pendamkan saja..hehe...tapi nie antara pemberian ikhlas aku pada yanie..tiada yang lain dapat aku berikan dan mungkin dia tak dapat merasa kesenangan masa awal bercinta dulu..tak seperti orang lain bercinta..tu laa dapat aku..apa yang aku boleh bagi selain dari sajak biasa nie..haha..tapi aku benar2 ikhlas...harap dapat membalas apa yang terlepas...