Butterfingers..the best and most talented band ever malaysia have produced for the last two decades..bermula dengan 1.2 miligrams then followed by butter worth pushfull.. aku rasa masa tue kesedihan aku dengan pemergian Kurt Cobain tak terasa sangat...especially lagu-lagu "nic-o-tyne", "stolen", "Girl Friday" dan "vio-pipe" memang menyerikan kehidupan aku masa tue...aku mula rasakan perubahan pada band nie masa album Transcendence.. terasa cam butter ingin lari dari label grunge but that album tak nampak 'pelariannyer sangat'...tapi keluarnya album malayneum membuktikan rasa aku tue sebenarnya tak pernah salah..hehe..tapi idea mereka adalah hak mereka...tak silap aku loque pernah kata "it's still a butter sound"..dan kadang-kadang aku dengar balik album malayneum tue aku selalu teringat sound diorang cam sound band U2...tapi tue cuma sangkaan aku jer.....namun aku tetap rasa album malayneum is the best recording album after album gamal, zainal abidin...
Aku pernah terdengar sebab diorang hangin dengan wartawan yang kutuk diorang tak boleh nyanyi lagu dalam bahasa melayu...membuatkan selamat tinggal dunia diterbitkan..bukan sekadar untuk membuktikan butterfingers boleh menyanyi dan cipta lagu bahasa melayu, aku merasakan album tersebut juga untuk menyatakan bahawa butter still around...namun lagu-lagu dalam album selamat tinggal dunia sebenarnya telah membuka ruang baru untuk peminat-peminat butter sebelum ini .. aku tak pasti samada penerimaan terhadap album nie diterima ramai tapi bagi aku personally album nie kalau tidak kerana kontroversi seharusnya dalam list 3 album terbaik di Anugerah Industri Muzik 2005 ... bukan aku enggan meletaknyer sebagai album terbaik tapi ada beberapa elemen yang aku rasa ada sedikit kurang dalam album tersebut...arrangement muzik dalam Selamat Tinggal Dunia bagi aku lengkap di mana loque jarang ntuk mengecewakan aku dalam arrangement muziknyer...tapi mungkin album itu seolah di buat untuk English song but dimasukkan lirik melayu...kadang-kadang lirik tue bagi aku kurang puitis tapi cuma bersesuaian dengan arrangement muziknyer..it's ryhme well actually..dan ada sisi naluri aku percaya bahawa album selamat tinggal dunia adalah album amarah butter dan album yang dibuat untuk diorang prove something that needed to be proven...what the hell..it still one of the best album ...khususnya lagu "selamat Tinggal Dunia", Daulat Tuanku, Cuai dan Taman Tasik Perdana...aku mmg enjoy abis terutama part last dalam lagu Daulat Tuanku..
Kembali...album melayu kedua...kali nie memang penuh dengan jiwa kemelayuan..bagi aku album nie jauh beza dengan Selamat Tinggal Dunia sebab selepas dengar semua lagu dalam album kembali..setiap muzik dan lirik seolah lahir dari jiwa tulus penciptanya...lirik yang mengambarkan jiwa sentimental penciptanya..haha...dengarkan saja kedua-dua album maka korang akan dapat perasan..bukan sahaja muziknyer dekat dengan irama melayu nyer (mungkin kerana sample lagu lama) tapi lirik nyer seolah lebih diperincikan..tak membuta tuli..lirik lebih tersusun dan bermakna...aku terpaksa mengaku bahawa lagu Mati hidup semula memang favourite aku..dari segi irama dan dari juga liriknya terasa amat dekat dengan jiwa waktu kosong...mmg layan kalau dengar waktu tgh drive sorang-sorang waktu malam... dan aku sungguh mengagumi usaha mereka menjemput lagenda Kassim Masdor dan juga menggunakan sample lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee serta lagu R. Azmi... Cukup bermakna...Cukup menyedarkan...dengarkan saja lagu Merdeka featuring Pak Kassim Masdor..bukan lagu gubahan keroncong lama tapi keroncong jiwa butter..tak berpura-pura dan tetap jiwa keroncongnyer ada..terima kasih juga kerana menghargai permata seni negara..mungkin impian aku untuk mendengar butter berkerjasama dengan Sasterawan Negara iaitu Dato' A. Samad Said dapat dijelmakan...mungkin juga kerana aku ada mendengar yang Loque bersahabat dengan AZ Samad memungkinkan impian ini..so kalau aku ada wish ntuk butter aku harapkan korang dapat manage to produce something ngan Yang Berbahagia Dato' A. Samad Said..anggap ia sebagai hajat..anggap ia sebagai niat yang perlu dipercepat...
Aku sememangnya amat menghormati evolusi yang dibawa dalam semua album butter..tak pernah di takuk lama..evolusi yang dibawa oleh band butterfingers terlalu besar untuk industri seni negara yang kini aku kira mungkin dijajah lagi...tapi mungkin gak budaya pemikiran mereka terlalu besar untuk industri negara nie hinggakan niat loque tak dapat difahami oleh peminat seni negara... memandangkan mentaliti rakyat kita bukanlah mentaliti pemimpin tapi just a follower maka usaha butters nie aku doakan harap tidak sia-sia... kadang-kadang pemuzik-pemuzik sebegini harapan lagu kita yang tingal..legasi untuk menyambung usaha Tan Sri P. Ramlee, Datuk Ahmad Nawab dan M. Nasir kiranya...tapi aku cuma menyatakan apa yang aku rasa dan percaya..tak semua mungkin berfikiran sama..apapun..aku harap benar kalau album butter nie didengar oleh semua peminat seni di tanah air...untuk warga di Kuantan..korang boleh dpat album nie kat kedai muzik Exceed di megamall Kuantan...tingkat 1 depan lif..kat situ lah aku beli album kembali..aku tahu ada jual kat kuantan parade tapi aku tak tahu di kedai mana...so please do support them..
Last word aku..thanks ntuk butterfingers kerana 'meneman' aku dari sekolah menengah lagi sampai laa aku dah bekerja...pada Loque, Emmet, Kadak dan Loqo...please terus berkarya dan stay together ..keep on rockin coz malaysia need it~!..Most garantia bless~!
LoSt oNe~!

LosT n FouNdS~!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment