Megah benar tabir laut pagi ini. Mungkin gambarannya kosong tapi entah mengapa beban kepala ini terasa ringan.
“Wei, ko nak buat ke tidak. Susah beb kalau setakat dok tengok jer!”. Tetiba aku terasa seperti kembali tertekan. Celaka! Sumpah ku.
“Ye la..aku tengah pkir shot mana yang cantik”.
“A’ah.iyer. Shot cantik ke cantiknyer berangan”. Aku memang mudah terbantut kalau perilaku aku dipersoalkan. Mudah datang baran.
“Ko suruh aku amik gambar nie nak buat apa?” . Protes dalam tenang.
“Ko gak yang janji nak tolong aku, ko buat jer laa”. Sekali lagi baran ku makin mendatang. Provokasi nyata.
5 minit berakhir terus berakhir. Semuanya dalam keadaan diam. Bukannya aku seorang yang jenis pendiam tetapi sekiranya aku berbunyi maka aku pasti naluri amarah aku akan dicuit lagi. Susah berbicara dalam keadaan ditekan, bisa mengundang gundah.
“Wei, dah. Ada lagi ker?” kataku memecah hening.
“Apa yang ko dah amik?”
“Apa yang ko nak la?” jawapku bagi persoalan tadi.
“Emm…kenapa laut?”
“Kenapa laut…entah”. Berpinar aku untuk aku menjawab soalan yang sebenarnya sering ditanya. Iya..kenapa laut. Apa yang ada dengan laut.
Gelora laut tidak pernah tenang. Birunya laut adalah biru langit. Hujung laut sana selalu seperti akhirnya dunia. Seolah sempadan dunia adalah disisi akhir laut. Iya..kenapa dengan laut. Apa yang sering aku cari pada laut. Apa yang kurang pada pokok pakis dan debu bukit.
Kudus manusia kadang-kadang penuh enigma. Maksud aku hidup manusia ini tidak pernah lari dari seiring dengan masalah. Ada yang mengatakan bahawa hidup ini sebenarnya mudah. Sedangkan bagiku mengapa harus mudah jika kita ini manusia. Manusia jiwanyer sering gundah. Masalah ada dan wujud selagi kita bergelar manusia. Tapi mengapa harus takut dan gusar. Masalah membuatkan kita sedar. Masalah juga membuatkan kita lebih manusia. More humane.
Dalam semak samun pendirian aku ini, laut sering mengingatkan aku tentang kebesaran nikmat Allah…mengingatkan aku untuk kembali memikirkan hidup ini juga mudah. Gelora laut hanya menghempas ketika berada di awal permukaan pantai. Berdiri di kaki air cukup membuatkan kita merasa laut itu tidak pernah tenang. Gelora hadir tanpa henti. Sedangkan di tengahnya tenang tak bergelora. Tenang menampung langit. Bergolak kecil tapi tidak besar.
Mungkin hidup juga begitu. Rakus di awalnya tapi sebenarnya tenang. Maka laut sering mengingatkan aku gelora hidup hanya kecil jika dibandingkan nikmat Allah seluasnya. Mungkin itu membuatkan betapa laut begitu penting bagi jiwa sesak manusia sebegini. Aku mudah tenang..mudah juga lapang.
Kerna disini, diruang antara pasir dan air inilah kadang-kadang menjadi tempat untuk aku mengadu…kenangan ketika jiwa tiada haluan..tatkala jiwa kontang tanpa arah..hilang arah tujuan..laut dan pantai banyak mengisi ilham untuk aku melangkah..orang lama pernah kata..orang yang jiwa tenang adalah orang yang sering mengagumi keindahan alam…haha..aku bukanlah insan berjiwa tenang Cuma aku sangat mudah untuk menghargai…mungkin jua mudah untuk menggagumi…
“Wei, berangan lagi. Ko tak rasa panas ker”. Sentak dengan panggilan tersebut aku mula menghayun kaki.
“Jom la”. Dan aku makin menjauh dari jejak tadi.
LoSt oNe~!

LosT n FouNdS~!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment