LoSt oNe~!

LoSt oNe~!
LosT n FouNdS~!

Saturday, June 23, 2007

23hb Jun 2007~!

Aku dan Yanie kebiasaannya tarikh 23 hb seringkali amat bererti bagi kami....tarikh menandakan hubungan ini semakin teguh dan masih dalam likuan perjalanan...iya..tarikh anniversary aku... tarikh keramat yang dicetuskan oleh sahabat paling akrab bagi ku...Ahmad Siddiq Anwar...23.12.2001...namun aku dan yanie sering meraikannya pada setiap bulan...ntah kenapa tetapi itu dah menjadi kebiasaan....dan hingga kini alhamdulillah...ku panjatkan kesyukuran atas ianya tidak pernah berhenti...masih biasa dan istimewa bagi kami....namun ntah mengapa aku lewat kala ini sering terlupa...aku tahu aku salah..dan harus mencari keampunan yanie .. dan aku benar-benar terkilan....
hari nie adalah hari sabtu...aku masih di office...emm...selain dari kekesalan aku di atas .. apa yang perlu ntuk aku tulis... oh ya .. majlis menyambut menantu Hassan berlangsung hari nie...dan iyerr..aku seharusnya pergi..tapi aku seharusnya ada kes di terengganu esok...tapi lewat petang telah diberitahu bahawa kes batal...dan aku juga menyedari bahawa ada msg daripada jue bertanyakan samada aku hadir atau tidak esok di majlis hassan...tapi pada ketika itu aku membaca msg tersebut...jue telahpun offline...emm..apapun sahabatku hassan zaid...tahniah atas impian ko tercapai...hehe..aku benar-benar berharap dapat berjumpa dengannya...huh...apapun alasan aku seharusnya sedar dan tidak harus memanjangkannya kerana apa yang penting..aku tetap tidak berada ntuk berkongsi hari bahagia hassan...
Ntah kenapa aku begi aku sendiri tidak menyedari...emm..aku ada juga berbual dengan khalid dan irfan dan berkenaan samada aku akan pergi atau tidak ke perkahwinan danny...sungguh aku ingin sekali pergi seperti perkahwinan yang rakan-rakan ku yang lain...tapi aku tak berdaya ntuk berjanji....aku benar-benar kesuntukan wang...30hb mendatang aku perlu hadir ke perkahwinan rizal dan mar...berat sangat hati ku ntuk tidak menghadirkan diri ntuk perkahwinan mereka apatah lagi tiap kali aku ke KL ... orang yang pertama aku cari adalah mereka berdua dan apatah lagi tiapkali aku ke sana, berulangkali permintaan ntuk aku hadir pada perkahwinan mereka cukup ntuk aku tidak dapat menolak...malah boleh diaktakan rizal dan mar banyak membantu aku dan mereka jenis pasangan yang tidak berkira...mana mungkin ntuk aku berkira...tidak sama sekali....
Namun tidak bermaksud aku melupakan danny atau meletakkannya kurang dari rakan-rakan ku yang lain...aku benar benar tersepit kdang-kdang mengenai isu ini...malah jika dilihat rekod ku tentang majlis perkahwinan...teramat buruk...haha..aku akui...tak sebaik manapun...tapi apapun aku amat bersyukur yang aku dapat hadiri dua perkahwinan yang amat bererti bagi diri ku...perkahwinan yang melibatkan dua rakan baikku...Siddiq dan Mirul...alhamdulillah aku berjaya hadiri...siddiq dan mirul mengenali sejak dari sekolah menengah dan banyak yang telah aku lalui bersama mereka...kalau aku diminta mengenali roots aku..maka keduanya adalah roots kehidupan ku sebelum aku berjaya hari ini...
Apa yang perlu aku buat...aku bukanlah orang yang jenis berkira mengenai wang ataupun kerja..aku rasa setakat ini aku bukanlah jenis yang selalu berkira tak kira apa...tapi situasi aku kini benar2 sempit..kerja sebagai peguam bkanlah satu kerja mudah...aku tahu ...kerja lain pun tak mudah tapi situasi aku benar-benar tidak dapat di fahami sekiranya tak berada di tempat aku..... dibulan 7 hingga bulan 10 adalah musim gamat bagi aku...banyak kes-kes ditetapkan bicara pada bulan-bulan tersebut...malah aku juga ditimbuni kes-kes ntuk dibuat research dan sebagainya...aku tahu dan aku faham Mr. Kumar (bos aku) bukanlah jenis insan yang tak memahami dan sekiranya aku meminta aku pasti beliau akan bersetuju...tapi aku tak mahu ambil kesempatan atas kebaikannya..apatah lagi di saat office ini dalam keadaan yang memerlukan tahap komitmen yang tinggi untuk menampung pemergian Dato' Bodi yang telah bersara...
Satu lagi aku telah berjanji dengan yanie ntuk mengambilnya pada tahun hadapan....bulan 8 ini aku akan ke sabah ntuk berjumpa keluarganya ... bagi bertemu dengan mak dan abah...emm..aku memerlukan sejumlah wnag yang agak besar dan juga memerlukan peruntukkan cuti yang agak panjang ntuk aturcara tersebut...apatah lagi aku takder sebarang simpanan..haha..emm...aku kasihankan si yanie apatah lagi mendengar ramai kawan2nya telahpun mendirikan rumahtangga...aku dah tiada alasan...ntuk menangguhkan impian kami berdua yang akan amsuk tahun keenam..emm...aku akan cuba sedaya upaya ntuk memenuhi jemputan walaubagaimanapun dan sekiranya aku gagal...aku harap agar ianya tak menjadi satu kesalahan yang perlu dibayar dengan harga persahabatan...
bukan mudah ntuk hidup...dan bukan mudah ntuk berkawan...emm...okielah...aku tiada idea lagi...rasa ingin pulang~!

No comments: