Keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Lina Joy sememangnya dinantikan..dan akhirnya ianya telah diputuskan dan seluruh rakyat jelata menunggu keputusan tersebut....pagi nie waktu sedang melaporkan diri ke ofis..aku temui Mr. Kumar yang mana pagi nie beliau agak tenang sedikit berbanding waktu 3 minggu yang berlalu..kuak sahaja daun pintu bilik, aku telah disapa..'decisions was out" ...makluman tersebut membuatkan aku tersenyum..
maka 10 minit awal pagi aku dimulakan dengan perbincangan menganai kes Lina Joy tersebut...emm...jujurnya kebanyakan pendapat oleh Mr Kumar adalah dipersetujui oleh aku ..walaupun aku tahu beliau sebenarnya kecewa dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes tersebut...hehe argghhh...apa-apa pun apa yang aku harapkan tercapai...
Aku sempat membaca selintas keputusan oleh Yang Amat Arif Tun Ahmad Fairuz tapi tak menyeluruh..emm pandangan yang akan aku berikan nie adalah dari apa yang aku faham..hasil perbincangan dengan Mr. Kumar dan juga pembacaan yang jelas tak menyeluruh keputusan Y.A.A Tuan Fairuz..emm mungkin bila aku tak banyak serabut nanti akan aku bacakan...
Keputusan dalam kes tersebut sebenarnya tidak ramai yang benar-benar memahami apa yang diputuskan..malah aku juga agak kecewa dengan beberapa komen dalam laman web Majlis Peguam yang seakan-akan begitu tidak gembira dengan keputusan yang dicapai...Isu dalam kes Lina Joy sebenarnya bagoi aku adalah straight forward...kes yang tak memerlukan 'full quorum' F.C pun sepertimana dalam kes Arulpragasan..Isu utama nyer ialah permohonan Lina Joy untuk membatalkan perkataan Islam dalam kad pengenalan..emm...aku mmg benar-benar tidak mengerti apa agaknya perasaan Lina Joy ..ntah apa yang dirasanya..banggakah dia bahawa mungkin ini kes pertama bagi seorang 'bekas' islam yang bersungguh-sungguh ingin 'membatalkan' islam dari hidupnya...bagi aku orang2 sebegini biarkan sahaja dari mencemar nama Islam...jujur aku rasa agama Islam tidak perlu dicemarkan dengan perkara2 remeh menyusahkan dan mengaibkan ini..emm..apapun biarkan aku menerangkan secara ringkas kes Lina Joy ini dari pandangan aku...
Fakta kes secara ringkas ialah dimana Azlina Binti Jelani telah memohon kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk menukar nama kepada Lina Joy di mana setelah kad pengenalan baru dikeluarkan dengan nama baru, perkataan Islam masih wujud. Lina Joy memohon untuk membatalkan perkataan Islam dalam Kad Pengenalannya atas alasan dia tidak lagi menganuti agama Islam tetapi ditolak oleh JPN memandangkan tiada sebarang keputusan Mahkamah Syariah yang memutuskan Lina Joy bukan lagi seorang Islam.
Antara hujah-hujah yang dibangkitkan oleh peguamcara Perayu iaitu Lina Joy ialah berdasarkan kepada Perkara 8 dan 11 Perlembagaan Persekutuan yang mana kononnya telah mencabuli hak kebebasan beragama Lina Joy selaras peruntukan dalam Mahkamah Syariah...selain itu, isu mengenai samada JPN boleh membatalkan perkataan Islam tersebut tanpa sebarnag perintah dari Mahkamah Syariah...
Aku berpendapat bahawa keputusan oleh Y.A.A Tun Fairuz adalah wajar dan adil. Pertama sekali ialah samada Perkara 11 Perlembagaan benar-benar dicabuli ataupun keputusan Mahkamah Persekutuan bertindak 'ultra-virus' Perlembagaan. Ianya bergantung terhadap pemahaman kita terhadap persoalan kebebasan beragama...Pertama sekali..dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri menyatakan bahawa segala hal-hal berkaitan undang-undang Islam adalah dibawah kuasa Mahkamah Syariah...hal ini tidak perlu dipertikaikan kerana Perkara 121A adalah jelas menyatakan sedemikian...maka secara logik undang-undangnya mengapa ianya perlu dibangkitkan...aku sendiri tidak memahami...keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut tidak pernah ultra vires tetapi adalah selaras dengan Perlembagaan persekutuan...Hal-hak berkenaan keluarnya seseorang dari Islam adalah satu isu yang sangat besar bagi umat Islam dan ianya bukanlah seperti menukar hakmilik tanah..even menukar hak milik tanah juga memerlukan prosidur2 yang ketat sebagai contoh hak milik bagi tanah rezab melayu...kenapa ini tidak dipersoalkan..oh ya..hak keistimewaan orang melayu ada dalam peruntukan Perlembagaan..so..apa yang paling penting ialah segala urusan mengena undang-udang Islam perlu di bawa ke forum yang telah disediakan...
Kemudian ada cerdik pandai dari Majlis Peguam yang membangkitkan isu ini...Lina Joy tidak lagi seorang Muslim dan dia tidak lagi dibawah bidangkuasa perundangan Islam..malah aku petikan hujah pihak Majlis Peguam, HAKAM dan Malaysia Consultative Council tersebut yang mana antaranya:-
"Jika seseorang tidak lagi menganuti agama Islam, maka dianya tidak boleh lagi beradadibawah bidangkuasa Mahkamah Syariah. Jika dia dikatakan masih lagi dibawah bidang kuasa Mahakmah Syariah maka perbuatan itu adalah satu pencabulan hak kemanusiaan dibawah Perkara 11 (1) dan 8 Perlembagaan."
Perkara 11 (1) menyatakan bahawa
"Every person has the right to profess and practise his religion and, subject to Clause (4), to propagate it".
seterusnya aku rujuk pada klausa 4 dalam Perkara 11, yang menyatakan berikut:-
"State Law and in respect of the Federal Territories of Kuala Lumpur and Labuan, federal law may control or restrict the propagation of any religious or belief among persons professing the religion of Islam"
Ntah laa samada pihak2 yang berhujah berkenaan isu dah murtad so leh lari dari undang2 Islam sedar atau tidak..n then try to seek protection under Artikel 11 (1)...apa yang diorang pkir pun aku tak tahu...emm..apa yang jelas bagi aku adalah kebebasan dalam Perkara 11 bukanlah kebebasan yang cuba dimaksudkan oleh pihak Lina Joy..apa yang perlu difahami ialah Lina Joy adalah seorang Islam sebelum keluar dari Islam..murtad adalah satu isu yang perlu diputuskan terlebih dahulu oleh pihak yang diberi bidangkuasa dibawah Perlembagaan Persekutuan..iaitu Mahkamah Syariah...dan perlu diingat ...adalah berdasarkan kepada Perlembagaan..
Sebenarnya..kalu dipikir secara logik..untuk Lina Joy untuk memenuhi impiannya itu...apa yang perlu dilakukan ialah dapatkan deklarasi dari Mahkamah Syariah bahawa dia bukan Islam...then datang balik ke JPN dengan Perintah dan JPN akan akur..sepertimana kalau saudara baru memeluk Islam gak arr..emm..takkan kita datang main pakai air liur jer kut..saya masuk Islam...so saya nak letak perkataan Islam..tanpa sebarang dokumen...atau .. saya dah kluar Islam..nie akuan bersumpah saya...so saya tak nak ada perkataan Islam..tolong yerr, batalkan...ntah apa2..actually this suit is totally nuisance and clearly nonsence at all...decision by the Federal Court clearly reasonable and was fairly made..period~!
Walaubagaimanapun yang perlu aku jelaskan disini ialah bagi semua yang merasa kemenangan...sebenarnya tiada apa2 yang perlu diraikan pun...keputusan Mahkamah Persekutuan ini sememangnya adalah adil tapi tidak memutuskan apa2 isu mengenai keluarnya seseorang itu dari Islam..Mahkamah Persekutuan tidak memutusakn sebarang penghakiman berkenaan larangan ntuk seseorang Islam ntuk keluar dari Islam...kes ini hanyalah memberi garis panduan bahawa bagi seseorang murtad yang ingin membatalkan perkataan Islam dari pendaftaran perlu melalui Mahkamah Syariah..ianya sebenarnya hanyalah satu keputusan penjelasan mengenai prosidur sahaja tanpa membabitkan persoalan keagamaan...oleh sebab itu aku merasakan bahawa Lina Joy tak perlu rasa kecewa sangat dengan keputusan ini sebab apa yang perlu dibuat ...failkan sahaja permohonan di Mahkamah Syariah..memandangkan juga ramai peguam2 yang berminat so tak jadi masalah kiranya..mungkin boleh meminta bantuan Mr. Malik Imtiaz yang berdasarkan kepada satu segi layak untuk berada di Mahkamah Syariah..tetapi mungkin juga Mr. Malik tidak mempunyai lesen ntuk beramal di Mahkamah Syariah..hehe seperti aku...
Apapun...syabas kepada Mahkamah Persekutuan atas keputusan yang aku rasakan bijak..walaupun keputusan tersebut sebenarnya melegakan aku tetapi bila difikirkan kembali..tiada apa yang perlu di gembirakan sangat atas sebab kes tersebut hanyalah berkenaan prosiding bagaimana untuk membatalkan perkataan Islam dari kad pengenalan selepas seseorang keluar Islam...Astagfirulah al azim...astagfirullah al azim..astagfirullah al-azim... arghh..tandus aku memikirkan dunia sekarang...benar-benar tandus..emm..apapun nanti aku menulis lagi..kemungkinan selepas aku membaca keputusan penuh berkenaan kes nie..aku ada idea yang lain aku akan menulis lagi..
No comments:
Post a Comment