LoSt oNe~!

LoSt oNe~!
LosT n FouNdS~!

Thursday, June 21, 2007

jejak makin jauh ..ekk~!

dah lama tak menjenguk ke laman ini...haha...aku sebenarnya tandus ntuk memikirkan bait-bait ayat ntuk paparan semua ...namun kalau dibiarkan alasan aku berlarutan...alamatnya blog nie ntah kemana sudahnyaa...apapun hari nie aku mendapat dua massage dari hassan dan danny ... keduanya sedang meniti gemuruh hari paling bererti...keduanya akan menjadi suami ... tahun 2007 nie kdang-kdang takdir seolah-olah bermusim rupanya...ntah mengapa di awal tahun ini aku sejujurnya agak kelemasan .. redup perasaan aku memandangkan kehilangan dua sahabat yang pernah menyinari kehidupan aku .. untuk allahyarham Syamir dan Pa...usah gusar...tidak mudah kenangan kalian yang ada hilang dari sudut ingatan..al-fatihah....

namun dalam kebelengguan itu, kini seolah-olah rahmat mencurah-curah... sahabat-sahabat handai ku telah di murahkan rezeki untuk mengotakan jodoh-jodoh mereka..aku amat bersyukur terhadap kerahmatan ini..haha..nampak gayanya tekanan aku dari yanie sememangnya suatu tekanan yang benar-benar bona fide untuk di turuti...tidak lagi alasan aku 'concrete' agaknya...rapuh ntuk dipatahkan memandangkan hari demi hari kad-kad undangan silih berganti .... menunjukkan betapa aku semakin hilang hari ntuk menangguhkan impiannya yang kami bina 5 tahun dulu...emm..insyaallah...tak lama jer lagi...

shahril dan jue memulakan adat membuka acara...kyizad telah pun sempurna majlisnya, hassan juga telah bergelar suami, faizal, rakanku sejak dari skolah rendah lagi telahpun selamat diijabkabul....kini menantikan rizal dan mariati, danny akhirnya terima juga berita darinya meminta alamat untuk dijemput ke majlis kebesarannya...juga kepada fairuz..aku menantikan jemputan la wei...hahah...apapun..aku benar-benar berharap dapat hadir untuk setiap majlis yang diundang.. meraikan hari penuh gemilang sebagai tanda penghargaan persahabatan...sebagai bukti yang aku benar-benar bangga mengenali kalian sebagai rakan....

namun aku memohon beribu keampunan kepada shahril & jue, kyizzad, faizal dan hassan kerana gagal ntuk hadir waktu kalian meraikan kegembiraan... benar aku juga masih mengingati saat-saat aku janjikan yang "ko kahwin aku mesti datang nyerr..btul gilerr..tak tipu..aku akan jadi orang pertama yang datang"....hue hue hue...aku adalah orang yang tak mengotakan kata..dan aku benar-benar diharung rasa bersalah... ntah kenapa bila tiba saat yang aku harapkan aku hadir...aku sering terpaksa memilih antara kerja dan perhubungan....arghh..beban sebenarnya...mengapa aku menjadi begini aku sendiri tidak mengerti...kadang-kadang terpikir yang aku mungkin lebih selesa sekiranya aku masih berfikiran seperti waktu bergelar pelajar dulu...selalu leka..terlalu alpa...iya..aku tak menafikan itu membuatkan aku menjadi seorang pelajar biasa..tanpa sebarang pengiktirafan dari pensyarah-pensyarah..tapi aku menjadi seorang yang begitu taksub kepada rakan...menjadi begitu sensitive kepada persekitaran...lebih humble...lebih selesa..dan lebih penting lebih manusia...kiranya...

tapi aku tak pernah salahkan sesiapa dengan keadaan aku kini...aku dah berusia 26 tahun tanpa sebarang harta ..haha..aku sebenarnya puas bila segala apa yang aku usahakan sedikit sebanyak berbalas...cuma usaha itu memerlukan pengorbanan ... pengorbanan yang sikit demi sikit aku pelajari dalam kehidupan...namun itu jalan yang telah dan terpaksa aku pilih...kenapa mesti tidak....emm..mungkin aku mula merasa tertekan sebagai seorang insan....aku percaya pada ketentuan tuhan....tapi aku cuma ralat apabila mengenangkan sekiranya ada antara kawan-kawan yang mengganggap aku dah melupakan sedangkan tak pernah terniatpun di fikiran...harap aku dapat dimengerti...mungkin dapat juga aku sedikit belas simpati...

emm...rasanya dah penat aku menaip nukilan aku pada hari ini...apa pun tahniah kepada semua dan percayalah aku turut bergembira di hari bahagia kalian....shahril & jue, hassan, kyizzad, aiza, ita, danny, rizal & mar, fairuz, faizal, huda dan semua...aku doakan agar kalian bahagia ke anak cucu...aku benar-benar berharap agar kalian dimurahkan rezeki dan di mudahkan mahligai yang di bina...amin~!

p/s:~dan satu lagi..ntuk anip...aku juga amat gembira bila dengar ko dapat kerja di CIMB ... aku betul-betul gembira terhadap saudara aku yang sorang nie...ko antara insan yang aku letakkan sebagai cekal dalam menghadapi dugaan hidup...moga ko dapat ketenangan di puncak genting taman keriangan .. ekk...wei...nanti sediakan tempat ntuk aku bila aku datang ntuk lawat ko nanti...ko dengar tak anip~!

1 comment:

Anonymous said...

Oi, achei teu blog pelo google tá bem interessante gostei desse post. Quando der dá uma passada pelo meu blog, é sobre camisetas personalizadas, mostra passo a passo como criar uma camiseta personalizada bem maneira. Até mais.